YOUTH:
UNEMPLOYED
Isu
pengangguran dalam kalangan belia sering timbul saban tahun. Hal ini demikian
kerana setiap tahun ramai graduan daripada pelbagai universiti telah menamatkan
pengajian mereka namun perlu berdepan dengan cabaran dalam menghadapi
pekerjaan. Terdapat sektor tertentu menawarkan peluang pekerjaan namun
pemilihannya sangat ketat. Ada tawaran pekerjaan namun memerlukan tenaga
fizikal dan mental yang kuat dan kurang mendapat tumpuan bagi segelintir golongan
belia.
Selain itu, golongan belia juga
perlu menghadapi persaingan dengan pekerja asing kerana tawaran gaji yang
diberikan kepada pekerja asing lebih murah serta dapat menjimatkan kos. Bukan
itu sahaja, golongan belia susah mendapatkan kerja disebabkan pelbagai faktor
salah satunya adalah sikap individu itu sendiri serta kurang kemahiran. Oleh
itu, kerajaan kini telah berusaha untuk membantu para belia mendapatkan kerja bagi
mengurangkan pengangguran kerana peranan belia dapat membantu membangunkan
negara
No comments:
Post a Comment