YOUTH:
COVID 19-GOVERNMENT ASSISTANCE
Fenomena
Covid 19 telah menyebabkan rakyat menghadapi masalah terutama dari segi
kewangan. Golongan belia juga tidak ketinggalan dan perlu menghadapi cabaran
untuk meneruskan kehidupan semasa dalam pandemik Covid 19. Hal ini telah
menyebabkan kerajaan Malaysia telah memberikan insentif kepada rakyat melalui
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
Antara bantuan yang diberikan oleh
kerajaan melalui pakej ini kepada golongan belia adalah bantuan sebanyak RM200
kepada pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi. Selain itu,
pemberian RM800 kepada 3 juta individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas
yang pendapatan bulanannya adalah sebanyak RM2000 dan ke bawah untuk membantu
mereka berbelanja keperluan penting semasa dalam tempoh Covid 19. Seterusnya,
bantuan sebanyak RM 500 juga diberikan kepada golongan belia yang berumur 21
tahun ke atas yang pendapatan bulanan melebihi RM2000 hingga RM4000 sahaja. Secara
keseluruhannya, bantuan yang disalurkan ini telah menunjukkan bahawa kerajaan
tidak meminggirkan golongan belia terjejas terutama yang tinggal di bandar
besar.
No comments:
Post a Comment