“BANDAR
BELIA MALAYSIA”
Bandar
Belia Malaysia merupakan salah satu projek yang dibina yang akan menawarkan banyak
manfaat kepada golongan belia. Projek ini dirancang bagi menyediakan
pelbagai kemudahan supaya belia dapat menjalankan pelbagai aktiviti serta
mengembangkan bakat dan potensi mereka. Pembinaan projek “Bandar Belia Malaysia”
ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha memenuhi kehendak
golongan belia pada masa kini dan akan datang selain dapat membantu menangani
masalah penghijarahan belia dari kawasan pinggir bandar ke bandar.
Salah satu manfaat yang boleh
dinikmati golongan belia melalui projek Bandar Belia Malaysia adalah berpeluang
untuk mendapatkan rumah mampu milik yang merupakan salah satu keperluan
penting. Persaingan dalam mendapatkan rumah dengan harga mampu milik terutama
apabila tinggal di bandar sangat memberi cabaran. Justeru itu, dengan
perlaksanaan projek ini diharap mampu membantu para belia dalam meneruskan
kehidupan dengan baik seterusnya membantu meningkatkan pembandaran di kawasan
tersebut.
No comments:
Post a Comment