YOUTH: INCOME & EXPENSES (Part 2)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita akan sambung penulisan seterusnya
Belia
yang mempunyai pendapatan yang rendah melakukan perbelanjaan mengikut keutamaan
yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, ada belia yang
masih sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan menyara keperluan yang
dipeerlukan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan. Hakikatnya, pelbagai cabaran
yang perlu ditempuhi oleh mereka namun masih bersikap sewajarnya dan tidak
mementingkan sikap individualistik seperti sesetengah penduduk lain.
Perbelanjaan
yang ditunjukkan oleh golongan belia dalam kalangan berpendapatan rendah juga
sangat menitikberatkan manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri malahan
individu lain turut merasai kesannya. Kesimpulannya, walaupun belia yang
berpendapatan rendah ini perlu berbelanja secara berhemah namun mereka juga
turut mementingkan perbelanjaan sosial yang membawa kegembiraan kepada
kehidupan mereka.
No comments:
Post a Comment