YOUTH
CATEGORY PEOPLE
Di
bandar, terdapat golongan belia yang berada dalam kategori Orang Kurang Upaya
(OKU) serta perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana
walaupun mereka mengalami kekurangan namun peranan mereka masih diperlukan
untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi seterusnya mengembangkan satu
kawasan menjadi sebuah bandar yang maju. Golongan belia kategori ini juga telah
mencipta pelbagai kejayaan sama ada peringkat domestik dan juga antarabangsa. Oleh
itu, kerajaan juga turut menyediakan inisiatif kepada mereka dan salah satunya
adalah penganjuran Kem Kepimpinan dan Transformasi Belia OKU Selangor 2019.
Program yang dilaksanakan ini
sebenarnya dapat membantu mencungkil bakat kepimpinan dalam diri belia itu
sendiri serta meningkatkan semangat mereka untuk memberikan sumbangan kepada
negara. Kem yang diadakan selama tiga hari sedikit sebanyak meningkatkan
keyakinan diri peserta yang terlibat dengan memberikan pelbagai latihan
seterusnya memberikan pengalaman berharga dan boleh diterapkan ketika memasuki
alam pekerjaan. Kem ini juga sebenarnya boleh membantu memberikan kesedaran
kepada masyarakat untuk melihat bahawa peranan belia kategori OKU juga penting
dalam membantu masyarakat dan memajukan negara.