YOUTH
CRIME IN THE CITY (Part I)
Kes
jenayah sering timbul terutama di bandar yang kebanyakan dilakukan oleh
golongan belia. Hal ini demikian kerana golongan belia yang sering terlibat
dalam jenayah adalah mereka yang menghadapi masalah kewangan dalam meneruskan
kehidupan. Antara kes jenayah yang sering melibatkan golongan belia di bandar
adalah ragut, pecah rumah, rompakan dan lain-lain. Jenayah ini dilakukan adalah
disebabkan tekanan hidup yang dialami oleh segelintir belia seperti mempunyai
hutang ataupun tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan dalam meneruskan
kehidupan.
Bukan itu sahaja, sesetengah belia
yang masih berumur belasan tahun banyak terlibat dengan masalah juvenil dan ia
semakin bertambah berdasarkan statistik tangkapan dalam kalangan pelajar telah
merekodkan seramai 1,722 orang bagi tahun 2017. Kebanyakan belia yang melakukan
jenayah juvenil menghadapi masalah yang melibatkan peranan ibu bapa,
persekitaran dan pengaruh rakan sebaya. Oleh itu, jenayah juvenil di bandar
yang berlaku kebanyakan melibatkan golongan belia yang masih bersekolah perlu
ditangani dengan lebih serius.
SUMBER:
Ahmad.J., Ismail.N. & Nasir.N.N.A.M.
Belia dan Isu Jenayah Masa Kini di Malaysia. Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Malaysia.
No comments:
Post a Comment