GOVERNMENT
INIATIVE TO YOUTH
Kerajaan
Malaysia telah memperkenalkan inisiatif untuk golongan belia menerusi program
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana). Pengenalan pelan salah satu
tujuannya adalah untuk mengatasi kebimbangan yang berkaitan dengan pengangguran
belia. Menerusi pelan yang dilaksanakan ini telah menawarkan program subsidi
upah sebanyak RM5 bilion, pengambilan pekerja bernilai RM1.5 bilion dan
peningkatan kemahiran dalam kalangan belia berjumlah RM2 bilion. Kesemua dana
ini adalah usaha kerajaan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan
pekerjaan sekarang.
Kerajaan
juga bertindak memperuntukkan dana sebanyak RM600 sebulan kepada majikan yang
bersedia memberikan peluang perantis kepada graduan dan lepasan sekolah setelah
pasca pandemik COVID-19 yang melanda negara. kerajaan juga turut menjangkakan
seramai 50,000 lepasan universiti akan memasuki alam pekerjaan. Sesungguhnya,
Penjana telah mendatangkan manfaat kepada 200,000 belia di Malaysia.
No comments:
Post a Comment