YOUTH:
INFRASTRUCTURE
Kerajaan
kini giat dalam menyediakan kemudahan infrastruktur kepada golongan belia. Salah
satu infrastruktur yang disediakan adalah gelanggang futsalyang sering menjadi
tarikan golongan belia untuk bersukan. Penyediaan gelanggang futsal adalah
untuk menggalakan para belia supaya aktif bersukan di samping dapat memerikan
kecergasan kepada tubuh badan. Bukan itu sahaja, penyediaan kemudahan sukan ini
secara tidak langsung dapat mengelakkan belia daripada terjebak dengan gejala
yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan belia yang mempunyai perangai yang
tidak baik.
Sebenarnya, dengan penyediaan
kemudahan sukan ini dapat mendorong belia untuk terlibat dengan sukan sehingga
boleh membantu meningkatkan sukan negara. selain itu, apabila belia berfutsal
secara tidak langsung boleh menyebabkan interaksi sosial berlaku seterusnya
dapat mengumpul pelbagai kenalan. Golongan belia yang dibelenggu dengan tekanan
juga dapat merehatkan minda dengan bersukan. Justeru, jelaslah bahawa dengan
penyediaan infrastruktur sukan ini telah memberikan manfaat kepada golongan
belia.
No comments:
Post a Comment