“Profesional
Training and Education for Growing Entrepreneurs –PROTEGE”
Program
Training and Education for Growing Entrepreneurs merupakan salah satu program
dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan terutama dalam kalangan
belia. Sebahagian besar program ini lebih tertumpu kepada graduan lepasan universiti
yang baharu serta terdiri daripada kalangan belia dengan memberikan pelbagai
info terkini berkaitan persekitaran pekerjaan yang sebenar. Antara manfaat yang
boleh diperoleh golongan belia adalah dapat meningkatkan kemahiran dalam diri
belia sendiri seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi yang akhirnya memajukan
kawasan tersebut. PROTEGE ini juga turut mengutamakan belia serta terhad kepada
golongan yang berpendapatan rendah sahaja. Secara keseluruhannya, PROTEGE
merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan belia di
Malaysia.
SUMBER: Junaidi Mansor & Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim. 2020. Cabaran dan Strategi Pasca-Pandemik Untuk Belia. Kertas Kerja 5/20: Khazanah Research Institute.
No comments:
Post a Comment