Kebanyakan
belia di bandar perlu menghadapi pelbagai isu antaranya adalah berkaitan
ketidakcukupan infrastruktur iaitu berkaitan dengan tempat tinggal.
Golongan belia di bandar yang susah mendapatkan tempat tinggal disebabkan
pelbagai faktor iaitu kos rumah yang mahal melebihi kemampuan mereka. Sekiranya
terdapat rumah kos murah pula, belia ini perlu berdepan dengan banyak masalah
antaranya adalah sistem keselamatan yang tidak terjamin serta persekitaran yang
kurang baik kerana kebanyakan yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah
banyak dimonopoli warga asing.
Masalah perumahan yang membelenggu golongan belia di bandar
menyebabkan kerajaan berinisiatif untuk membantu mereka dan salah satunya
adalah dengan menerusi Bank Simpanan Nasional yang menawarkan Skim Perumahan
Belia (SPB) 2020. Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM6 billion
untuk menyediakan rumah pertama kepada belia yang tinggal di bandar dengan
syarat yang sesuai supaya golongan belia dapat memiliki kediaman sendiri.
Bukan itu sahaja, golongan belia yang berada dalam golongan B40 juga
berpeluang mempunyai rumah sendiri pada usia muda di bawah program 'Resindensi
Prihatin' yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Oleh
itu, inisiatif yang ditunjukkan oleh kerajaan telah memeperlihatkan bahawa
golongan belia juga diberi perhatian untuk memastikan mereka hidup selesa dan
sejahtera terutama apabila tinggal di bandar utama.
No comments:
Post a Comment