Salah
satu faktor utama keciciran pendidikan dalam kalangan belia miskin bandar
adalah peranan ibu bapa. Segelintir belia yang keciciran pendidikan adalah
disebabkan ibu bapa yang menjadikan pendidikan sebagai perkara yang tidak
membawa kepentingan dalam kehidupan. Mereka lebih menganggap bekerja mencari
wang ringgit sebagai keutamaan untuk membiayai kehidupan. Walau bagaimanapun,
tidak kesemua ibu bapa yang taraf hidupnya kurang baik berfikiran sedemikian. Ada
ibu bapa sentiasa berusaha mencari wang supaya anak mereka mendapatkan
pendidikan yang lengkap demi membantu mengubah kehidupan sekeluarga ke arah yang
lebih baik. Ibu bapa seperti ini sanggup berpenat lelah dan berkorban demi
memastikan anak mereka menjadi insan yang berguna membantu keluarga dan negara
serta keluar daripada kemiskinan. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa sangat
mempengaruhi golongan belia dalam mendapatkan pendidikan dari peringkat bawah
sehingga ke peringkat tinggi seterusnya keluar daripada kehidupan sebelumnya.
No comments:
Post a Comment